3 perkara asas itu ialah dengan mengenali:
1) Simbol - simbol dalam Al-Quran
2) Tanda Bacaan dalam Al-Quran
3) Cara Penulisan dalam Al-Quran
Dengan mengenali 3 perkara di atas kita dapat membezakan di antara bacaan panjang dan pendek. Kita juga dapat mengenali perbezaan di antara bacaan dengung dan tidak dengung.
Jika menggunakan kaedah pembelajaran Tajwid biasa, bacaan panjang yang dikenali dengan hukum Mad, mempunyai 17 hingga 19 hukum. Dalam formula TajwidMudah®, untuk bacaan panjang dibahagikan kepada 5 kategori sahaja iaitu
1) Bacaan 2 Harakat
2) Bacaan 2, 4 @ 6 Harakat
3) Bacaan 2, 4 @ 5 Harakat
4) Bacaan 4 @ 5 Harakat
5) Bacaan 6 Harakat
Untuk bacaan dengung pula, Tajwid biasa mempunyai 14 hukum tajwid. TajwidMudah® telah berjaya mengurangkannya kepada 6 formula simbol & tanda bacaan seperti formula di bawah:
1) Mim Sabdu
2) Nun Sabdu
3) Mim TIADA Baris
4) Nun TIADA Baris
5) Nun TIADA Baris vs Wau & Ya
6) Nun TIADA Baris vs Ro Sabdu & Lam Sabdu
Pilihan di tangan ANDA. Sama ada mahu memilih untuk menggunakan teknik Tajwid biasa atau memilih teknik TajwidMudah®.
Jika ANDA memilih TajwidMudah®, marilah belajar di YouTube channel TajwidMudah.

Ulasan
Catat Ulasan